Umum mengetahui bahawa kaum Cina akan menyambut perayaan tahun baru mereka pada hujung minggu ini. Tahun 2023 merupakan tahun bagi Arnab yang merupakan binatang keempat dari haiwan zodiak.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, tahun ini merupakan tahun Arnab Air yang menjadi simbol umur panjang, keamanan dan kemakmuran. Sewaktu perayaan, ada beberapa adat dan pantang larang yang perlu diikuti. Hm, agaknya apa eh?
Tidak boleh menyapu rumah
Pantang ini selalu kita dengari di mana masyarakat Cina percaya bahawa menyapu rumah ketika hari perayaan seolah-olah ‘membuang’ tuah. Justeru, mereka akan membersihkan rumah sebelum sambutan tahun baru.
Pakaian baru
Masyarakat Tiong Hua akan mengenakan pakaian baru pada hari perayaan sebagai simbolik bagi bermulanya tahun baru. Ia juga digambarkan sebagai permulaan ‘tenaga’ baru dalam hari pertama tahun itu.
Tidak boleh berkata kesat
Ketika perayaan, kaum Cina akan mengelak daripada berkata kesat atau kasar kerana dipercayai akan membawa nasib malang.
Tidak memakai warna hitam dan putih
Pakaian berwarna hitam atau putih adalah tidak dibenarkan kerana masyarakat Cina percaya ia merupakan warna yang melambangkan kematian.
Angpau berjumlah genap
Wang di dalam Angpau biasanya akan diberi dalam jumlah dan bilangan yang genap. Contohnya, angpau berjumlah RM6 perlu diberi bilangan dua keping kertas iaitu RM5 dan RM1. Hal ini kerana masyarakat Cina percaya bahawa genap memberi maksud lebih sempurna.
Pemberian limau mandarin
Pemberian buah limau mandarin juga menjadi amalan masyarakat Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan. Warna limau yang seakan-akan keemasan dianggap seperti memberi jongkong emas kepada orang lain.
Ha, sekarang dah tahu bukan apa adat sempena Tahun Baru Cina ini. Kami juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat masyarakat yang menyambutnya. Gong Xi Fa Chai!
kreadit : ohmedia.com