Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania tampil menjawab beberapa persoalan netizen susulan dakwaan dirinya mengenepikan ibunya di sebalik kemelut keluarga yang kembali menjadi perhatian ramai.
Menerusi sesi soal jawab di Instagram Story, Marissa menjelaskan beliau memilih untuk tidak membalas segala perkara yang dikongsikan ibunya di media sosial kerana mahu menjaga hubungan mereka secara peribadi.

“My silence is not a lack of feelings. It’s called respect. Mama pilih untuk bersuara di social media, tapi tak bermaksud semua benda perlu dibalas di sini juga. Saya pilih untuk hormat dan jaga hubungan ini secara peribadi,” tulisnya.
Marissa turut memaklumkan pelbagai perkara mula menjadi perhatian umum selepas urusan mahkamah selesai kira-kira dua minggu lalu, namun beliau enggan membuka ruang kepada lebih banyak spekulasi.



Mengulas mengenai majlis hari jadinya yang menjadi bualan ramai, Marissa menegaskan beliau sebenarnya mahu ibunya hadir dan semua jemputan dihantar melalui pereka kad jemputan kepada setiap ahli keluarga termasuk bapanya serta Abby.
Menurut Marissa, sebelum jemputan dihantar berlaku satu situasi lain yang menyebabkan mereka tidak sempat bertemu, selain beliau mengakui memerlukan sedikit ruang selepas pulang dari mahkamah.
“Yes, I wanted her to be there. Saya menangis dekat mak long dan mak teh masa majlis sebab sedih mama saya tak ada. Everyone received the same invitation termasuk papa, abah dan mummy.”
Menjawab dakwaan bahawa beliau lebih banyak berkongsi tentang bapanya berbanding ibunya, Marissa menafikan perkara tersebut.
“Saya tak ketepikan mama. Kalau hal peribadi saya, saya tak berkongsi dengan sesiapa melainkan mereka bertanya. Dan saya tak nak apa yang saya kongsi disebarkan semula di media sosial.”
Marissa turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama Abby sebagai bukti mereka masih berhubung, selain memuat naik mesej sokongan daripada adik-beradiknya yang menyifatkan beliau sentiasa menjadi penghubung dalam keluarga.