Kuala Lumpur: “Balik bilik, tengok telefon, dapat berita mak kena Covid-19. Dapat cakap dengan mak, baru lega. Mak cuma sakit-sakit badan sikit, batuk tak teruk. Alhamdulillah.”
Kongsi Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram Story memaklumkan ibunya, Siti Salmah Bachik yang disahkan positif Covid-19, semalam.
Dalam hantarannya itu, Siti turut memohon doa orang ramai supaya ibunya segera sembuh.
“Ya Allah, jagakan wali keramat saya. Doakan Mak Salmah segera sembuh. Mak kuat!” tulisnya.
Dalam hantaran terbaharunya, Siti yang akan beraksi di malam kedua Konsert Music of the Soul Datuk Seri Siti Nurhaliza malam ini, berkongsi keadaan terkini ibunya selepas menghubungi Salmah.
“Hubungi mak pagi tadi, dengar suara mak ceria, barulah rasa senang hati nak kerja malam ini.
“Terima kasih semua yang mendoakan Mak Salmah ya. Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya.
Kredit: Harian Metro