Perkongsian terbaharu melibatkan Fatin, isteri kepada pempengaruh Prince Syed sekali lagi menjadi perhatian warga maya.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, Fatin dilihat berjalan naik dan turun tangga dalam keadaan yang disifatkan ramai sebagai keletihan sehingga terpaksa berpaut pada tiang serta memegang kakinya.

@prince.syed.shahid

Turun tangga pon comel 😅 wife ajak shopping kat @RBL Perabot Gemilang Sdn Bhd lagi sebab mereka tengah buat offer besar-besaran semua perabot kat kilang mereka , sapa cepat dia dapat , perabot murah dan serendah RM 1 pon ada tau perabot mereka , terkejut kami tgk harga perabot tadi , sumpah …. Minggu ni LAKSA SARANG kami akan ke TANGKAK JOHOR , jom datang ke Foodelicious Tour Johor (Tangkak) di jalan persisir Rivera, Tanjung Agas (Berdekatan NSK) pada 2-5 Julai ini .

♬ original sound – Syed Fatin Jaeden Haifa – Syed Fatin Jaeden Haifa

Ruangan komen turut dipenuhi pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa simpati selepas melihat keadaan Fatin yang didakwa kelihatan semakin susut.

“Kesiannya Fatin terlampau kurus ni. Turun naik tangga pun nampak tidak larat sudah.

Fatin prince syed
“Tidak tahulah kalau sekadar konten diorang saja. Tapi nampak videonya memang nampak penat sampai dia pegang tiang tangga masa turun. Masa dia naik pula dia pegang lagi kaki dia.”

Terdahulu, Prince Syed dan Fatin sering menjadi bualan netizen susulan pelbagai perkongsian mereka di media sosial yang mencetuskan kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pasangan itu berhubung dakwaan yang dibangkitkan netizen mengenai keadaan kesihatan Fatin.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *