Pelakon Ieda Moin tampil memberi penjelasan mengenai keadaan sahabat baiknya, Noorkhiriah yang didakwa sudah beberapa bulan menghilangkan diri daripada radar seni.

Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 47, berkata dia sendiri sedang berusaha menghubungi Noorkhiriah dan mengakui tidak mengetahui punca sebenar mengapa sahabatnya itu tiba-tiba menyepi.

“Saya sendiri sedang mencari kawan saya yang MIA (missing in action). Nombor yang biasa saya hubungi dia sudah tidak aktif.

“Dia juga menyahaktifkan semua media sosialnya. Selalunya, sebagai seorang kawan, kalau dia ada masalah, dia akan bercerita dengan saya.

“Tetapi kali ini mungkin dia berada dalam satu fasa yang memerlukan dia menghilang tanpa sebab.”

Ieda berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana drama Cela terbitan Viu Original di ibu kota, pada Khamis.

Menurut Ieda, ramai pihak turut menghubunginya untuk bertanyakan perkembangan Noorkhiriah memandangkan dia antara rakan yang mempunyai nombor telefon rumah pelakon berkenaan.

Bagaimanapun, Ieda memilih untuk tidak menghubungi nombor tersebut kerana mahu memberi ruang dan masa kepada sahabatnya itu.

Dalam pada itu, Ieda berkata kali terakhir dia berhubung dan bertemu Noorkhiriah adalah sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu ketika mereka menjalani penggambaran drama Seribu Tahun pada bulan Ramadan.

Biodata Noorkhiriah, Pelakon Drama Nur 2 | Iluminasi

“Kali terakhir saya berhubung dengan dia adalah sebelum raya. Kali terakhir kami menjalani penggambaran drama Seribu Tahun adalah ketika bulan puasa. Memang ada pertanyaan daripada orang sekeliling

Ieda bagaimanapun menegaskan dia tidak mengetahui masalah sebenar yang sedang dihadapi Noorkhiriah dan memilih untuk tidak membuat sebarang andaian.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *