Acara tayangan karya pelajar, Cineroyale 2026 anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM menyaksikan lapan karya filem pendek dipertaruhkan di layar lebar di GSC IOI Mall Damansara, baru-baru ini.

Kali ini, filem pendek berjudul Gantung menjadi Filem Pendek Terbaik kategori Ijazah Sarjana Muda, manakala filem Budak Terejal Tak Reti Dengar Kata mengungguli kemenangan sama untuk kategori Diploma.

Dekan FiTA UiTM, Profesor Madya Dr Wan Aida Wan Yahaya berkata, Cineroyale bukan sekadar acara tayangan karya pelajar, tetapi menjadi aktiviti penilaian dan pentaksiran.

“Ia adalah aktiviti penilaian dan pentaksiran yang memanifestasi falsafah pendidikan melalui pengintegrasian kecemerlangan intelektual dengan pembelajaran berasaskan pengalaman melalui pendekatan Word-Based Learning (WBL).

“Pendekatan ini membolehkan pelajar menghubungkan pengetahuan teori dengan amalan profesional, di samping membina kompetensi, kreativiti dan profesionalisme yang diperlukan oleh industri kreatif,” katanya.

Bagi pengarah filem pendek Gantung, Irham Shahrin, karya ini adalah hasil kerja keras semua pihak yang bekerja di belakang tabir.00:0001:00Tonton Non Stop, On Top!×

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong saya menyertai pertandingan ini.

“Perasaan saya bercampur baur. Ada rasa gembira, terkejut dan gementar. Saya sangat gembira untuk seluruh ahli pasukan saya yang bekerja keras,” katanya.

Sementara itu, wakil juri yang juga pengarah fotografi, Zulkefli Zain menggambarkan hasil karya pelajar-pelajar terbabit boleh digilap untuk menjadi lebih baik.

“Hasil kerja mereka secara keseluruhannya sangat bagus. Kalau digilap lagi, hasilnya akan menjadi jauh lebih baik.

“Cumanya, untuk masa sekarang, mereka perlu menerapkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebab kita sudah bergerak ke harapan,” katanya.

Selain Zulkefli, kerusi juri turut diisi oleh pereka produksi, Rabbani Sujak dan pengarah, Bobby Husaini.

Cineroyale 2026 adalah platform meraikan hasil karya akhir penuntut tiga program iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengarahan Filem (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Sinematografi (Kepujian) dan Diploma Filem.

Selain filem pendek, turut ditayangkan karya-karya iklan komersial dan pesanan khidmat masyarakat hasil kerja pelajar-pelajar FiTA UiTM.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *