Satu video memaparkan Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli di Selangor mencuri perhatian selepas memperlihatkan Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Alhaj menerima pangkat gelaran Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja.
Apa Maksud Istiadat Mengangkat Sumpah Dan Menjunjung Duli?
Tengku Ezrique mungkin lebih dikenali ramai sebagai suami kepada pelakon dan usahawan, Toh Puan Syamim Freida. Namun, kali ini beliau mencuri perhatian menerusi penglibatannya dalam istiadat diraja Selangor yang penuh dengan adat dan tertib warisan Melayu.
Sebab itu, setiap gerak tubuh dalam istiadat berkenaan mempunyai aturan tersendiri dan bukan dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Penerima Gelaran Perlu Tinggalkan Selangor Selama Tujuh Hari
Menariknya, adat berkenaan turut mempunyai aturan selepas istiadat penganugerahan gelaran.
Mereka yang menerima gelaran perlu meninggalkan Negeri Selangor selama tujuh hari sebelum kembali semula untuk menghadiri Istiadat Menghadap dan Menjunjung Duli.
Dalam istiadat susulan tersebut, mereka akan menyembahkan persembahan sebagai simbol menjunjung kasih atas kurniaan Baginda Tuanku.
Amalan ini memperlihatkan keunikan adat diraja Selangor yang bukan sahaja menitikberatkan tertib ketika menghadap Sultan, malah turut mempunyai aturan tertentu selepas seseorang menerima gelaran.
Video yang memaparkan Tengku Ezrique Ezzuddean itu secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai terhadap adat dan tradisi diraja Selangor yang mungkin kurang diketahui sebahagian masyarakat.
Di sebalik upacara yang kelihatan penuh tertib, tersimpan adat, sejarah dan warisan yang terus menjadi sebahagian daripada identiti diraja Selangor.