Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa gembira melihat perubahan positif anaknya, Azal sejak mengenali seorang gadis dikenali sebagai Alesya.
Memetik laporan mStar Online, Zarina berkata dia tidak meletakkan sebarang harapan tinggi terhadap hubungan mereka kerana lebih memahami keadaan anaknya.
“Saya dah gembira bila Azal tersenyum. Saya tak letak apa-apa harapan yang tinggi sebab sebagai ibu bapa kami lebih memahami keadaan anak-anak.”
“Mungkin Alesya adalah bidadari syurga yang Allah temukan untuk Azal di dunia. Kalau sekadar berkawan pun saya bersyukur,” katanya.
Dalam pada itu, Zarina memaklumkan bahawa dia dan keluarga Alesya sentiasa memantau anak-anak mereka bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal.
Bagaimanapun, Zarina memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai hubungan tersebut demi menghormati privasi keluarga Alesya.
“Saya kalau boleh taknak terlalu berkongsi sebab takut menganggu privasi keluarga mereka. Tapi bila mereka berjumpa, ada saja momen-momen kelakar yang mencuit hati,” katanya lagi.