Peguam syarie yang mewakili Datuk Red, Muhammad Akmal Amzan tampil menjelaskan ketidakhadiran anak guamnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi ini.
Menurut Muhammad Akmal, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu tidak dapat hadir kerana terikat dengan komitmen kerja.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya ahli perniagaan itu tidak hadir ke mahkamah kerana pergi berbulan madu bersama isteri baharunya, Rohanita.
“Tidak (bukan berbulan madu). Datuk Red tak dapat hadir sebab saya dimaklumkan pagi tadi yang beliau ada urusan kerja.”
“Tetapi bukan pergi mana-mana seperti yang disangkakan. Dia ada di sini (dalam kawasan), cuma tak dapat datang pada pagi ini,” katanya ketika ditemui selepas prosiding permohonan penarikan balik kes berkenaan di Mahkamah Syariah Gombak Barat, hari ini.
Jelas Muhammad Akmal, Datuk Red sudah memaklumkan lebih awal mengenai kemungkinan tidak dapat hadir ke mahkamah.
Bagaimanapun, pengesahan ketidakhadiran itu hanya dimaklumkan kepadanya pada pagi hari prosiding berlangsung.