Pempengaruh  dan juga anggota polis yang dikenali sebagai Ekyn Wong dilihat meneruskan kehidupan seperti biasa meskipun namanya terus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen susulan kontroversi yang melibatkannya.

Menerusi beberapa perkongsian terbaru di TikTok, Ekyn dilihat memuat naik video seperti kebiasaan dan turut menyelitkan kapsyen berbunyi “I’m living my life fullest”, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

@teropongcerita.com.my

Walaupun dikecam teruk oleh netizen dalam siaran langsungnya,wanita kontroversi Ekyn Wong cukup tenang menjawab setiap komen netizen.Media sebelum ini melaporkan seorang wanita menghina penduduk tempatan China ketika melancong di negara itu.Ekyn Wong telah pun membuat permohonan maaf. #wanita #melancong #china

♬ bunyi asal – 🅣🅔🅡🅞🅟🅞🅝🅖 🅒🅔🅡🅘🅣🅐 – 🅣🅔🅡🅞🅟🅞🅝🅖 🅒🅔🅡🅘🅣🅐

Di ruangan komen, ada netizen yang berpendapat Ekyn tidak terkesan dengan kecaman yang diterima, manakala ada juga yang terus mengkritik tindakannya.

Ia sekaligus mengundang lagi kecaman ramai dan menganggapnya ‘tidak pernah insaf’ atas kesalahan yang dilakukan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang juga anggota polis yang didakwa menghina penduduk tempatan ketika berada di China.

Individu berkenaan didakwa menjerit perkataan tidak sepatutnya sambil menutup hidung di tempat awam, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap anggotanya yang dikaitkan dengan insiden berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan yang dijalankan bukan sahaja melibatkan aspek tatatertib, malah turut merangkumi kemungkinan pelanggaran undang-undang sekiranya terdapat unsur berkaitan.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *