Penampilan aktres Sharifah Sakinah ketika menghadiri tayangan perdana filem Tarung: Unforgiven baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas menjadi perdebatan dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian di platform Threads menerusi akaun @f8buzz, Sakinah dilihat menggayakan busana yang agak berani dengan perincian cut-out, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

@f8buzz

Sakinah ber’Tarung’ di malam gala! 🫣😳 Tarung: Unforgiven mengisahkan Hatta, bekas juara silat yang terpaksa kembali ke dunia pertarungan demi menyelamatkan kakaknya dalam dunia yang tiada belas dan penuh taruhan. Dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Bront Palarae, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah, filem ini hadir dengan aksi keras dan emosi yang buat setiap pertarungan terasa. Di pawagam seluruh Malaysia mulai 7 Mei 2026. Jangan lepaskan peluang rasa sendiri intensiti dia di layar besar. #f8buzzhiburan #tarungunforgiven #sharifahsakinah

♬ RUNWAY – Lady Gaga & Doechii
Rata-rata netizen berpendapat penampilan tersebut terlalu mencolok mata dan kurang sesuai dengan norma di Malaysia. Ada juga yang mempersoalkan kesesuaian pakaian berkenaan, lebih-lebih lagi apabila ia digayakan dalam sebuah acara rasmi seperti tayangan perdana filem.





“Makin ditegur, makin dibukanya. Astagfirullahalazim.”
“Artis yang over sangat tak respect agama sendiri ni patutnya kita boikot je. Tak kira hebat mana kau berlakon. Free hair je masih boleh diterima. Tapi makin lama makin banyak yang dibuka.”

“She feeling feeling kat met gala.”

“Acah pelakon Hollywood.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi terhadap penampilan aktres tersebut.

Selain kritikan, ada juga netizen yang mendoakan agar Sakinah diberikan hidayah dan berubah menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *