Selepas Farid Kamil memberi kenyataan kepada wartawan, itu dan ini, pelakon Diana Danielle tidak lagi berdiam diri dan akhirnya mendedahkan tentang tindakan pengarah itu pula.

Menerusi Instagram, aktres berusia 32 tahun itu mendedahkan suaminya itu telah bersikap baran selama berhari-hari dan tidak berhenti menengking anak  mereka disebabkan hal yang remeh.

Malah, Farid juga dikatakan turut mengurung Aurora, 8, di dalam bilik bersamanya atas alasan mahu ‘ajar’ dan membiarkannya tidur di atas lantai berlapikkan sejadah.

Kata Diana, dia cuba menolong Aurora namun Farid kemudian mengugut untuk pukul kanak-kanak itu keesokan hari.

Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan bahawa Farid sudah empat bulan tidak membayar nafkah malah perbelanjaan ke Mekah semua dibayar oleh Diana namun masih belum diganti oleh aktor itu seperti yang dijanjikan.

Semalam, Diana telah menafikan bahawa anaknya ‘petik cili’ di rumah jiran itu menyebabkan Aurora trauma dan menjadi punca  dia menuntut cerai terhadap Farid pada awal Mac.

Sebaliknya, Aurora dikatakan trauma disebabkan penderaan emosi yang dilakukan Farid terhadapnya gara-gara ‘diajar’ sehingga begitu sekali.

Sumber Dari :- https://beautifulnara.com/2-hari-tak-berhenti-baran-aurora-gigil-minta-tolong-diana-dakwa-farid-naik-hantu-sampai-kurung-biar-anak-tidur-atas-lantai/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *