Dakwaan membabitkan seorang pelakon lelaki berstatus suami yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan aktres gandingannya terus menjadi bualan hangat netizen.

Terbaharu, seorang individu mendakwa terserempak dengan mereka berdua di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya minggu lalu malah mendakwa pasangan itu dilihat meninggalkan lokasi dengan menaiki kereta yang sama.

gbth

Saw them kat OU last Thursday. Lahhhh siap keluar naik kereta sama-sama lagi. Rupanya dah ada bini ekkkk ahahahahhaha…” tulis individu berkenaan di media sosial.

Sebelum ini, industri hiburan dikejutkan dengan dakwaan seorang pelakon lelaki yang pernah memegang watak ahli agama didakwa berlaku curang terhadap isterinya dengan seorang aktres yang turut menjadi gandingannya dalam sebuah drama lapan episod yang sedang trending.

Malah, timbul juga dakwaan bahawa kenderaan milik pelakon lelaki itu sering dilihat berada di kediaman aktres berkenaan di Petaling Jaya.

Ketika ditemui media pada majlis tayangan drama lakonan mereka, pelakon lelaki terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut. Riak wajahnya dilaporkan berubah sebaik diajukan soalan berkaitan isu berkenaan sebelum terus berlalu meninggalkan lokasi.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak bagi mengesahkan dakwaan yang sedang hangat diperkatakan itu. Namun, perkongsian terbaharu netizen tersebut terus mengundang pelbagai reaksi dan spekulasi dalam kalangan orang ramai.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *