Pelakon Izreen Azminda meluahkan rasa syukur selepas pertikaian antara dirinya dan bekas madu, Intan Salleh akhirnya berjaya diselesaikan secara baik.

Menerusi perkongsian di Instagram, Izreen, 41, berkata segala kemelut yang tercetus sebelum ini akhirnya dapat diselesaikan secara harmoni demi kebaikan bersama, khususnya anak-anak.

dgd

Menurut aktres drama Terpaksa Aku Relakan itu, dia berasa sebak selepas mencapai kata sepakat dengan Intan sehingga sukar menahan emosi.

“Syukur Alhamdulillah ya Allah, akhirnya pertikaian antara kami dapat diselesaikan secara baik.”

“Sebak sangat, tapi tahan air mata. Sebak itu rasa sampai sekarang.”

“Terima kasih Intan sudi memaafkan dan memilih untuk berdamai demi anak-anak kita.”

Dalam masa sama, Izreen turut memohon maaf sekiranya terdapat sebarang tindakan atau perbuatannya sebelum ini yang mengguris hati mana-mana pihak.

iz

Sementara itu, Intan Salleh turut berharap agar hubungan yang terjalin selepas ini akan lebih terjaga demi kebahagiaan semua pihak.

“Sehubungan itu, dia berharap hubungan yang terjalin selepas ini akan lebih terjaga demi kebahagiaan semua pihak.”

“Alhamdulillah, setelah berbincang bersama, kami telah bersepakat memutuskan untuk menyelesaikan pertikaian di mahkamah dengan cara baik. Kami bersyukur kerana perkara ini akhirnya dapat diselesaikan.”

“Harapan saya agar selepas ini, hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama, terutamanya untuk anak-anak.”

Terdahulu, konflik antara Izreen dan Intan dilihat berlarutan selepas Intan dan Ude bercerai. Kedua-duanya pernah saling berbalas kenyataan di media sosial berhubung beberapa isu berbangkit.

Untuk makluman, Intan bercerai dengan Ude pada 2018 selepas pernah bermadu dengan Izreen. Intan kemudian mendirikan rumah tangga dengan penjawat awam, Mohd Aizam Yahya, 27, pada 2021.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *