Rumah tangga usahawan dan selebriti, Syida Melvin bersama suaminya, Syafiq Azim akhirnya berakhir apabila pasangan itu disahkan bercerai dengan talak satu.

Syafiq dilaporkan melafazkan cerai terhadap Syida di hadapan Hakim Syarie, Norul Aina Bahari pada jam 9.25 pagi, Rabu, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Menurut peguam syarie yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah, prosiding lafaz cerai tersebut berjalan dengan lancar dan dalam keadaan tenang selain kedua-dua pihak memberikan kerjasama yang baik.

Alhamdulillah, kes perceraian Syida dan Syafiq telah selesai. Mereka sah bercerai talak satu rajie. Kedua-dua pihak selesaikan secara damai.

Dalam masa sama, Nurul Jamaliah memaklumkan tempoh idah Syida bermula pada hari ini sehingga tiga kali suci.

Ketika ditanya mengenai urusan hak penjagaan anak atau hadanah serta tuntutan nafkah, beliau berkata perkara berkenaan akan diteliti dan kemungkinan difailkan selepas beberapa dokumen daripada pihak mahkamah diperoleh.

Hadanah dan nafkah mungkin akan difailkak selepas ini. Perlu tunggu beberapa dokumen yang akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

Terdahulu, pada Disember tahun lalu, Syida telah memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *