Subang Jaya: Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan Ahamad iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengakui gelaran janda yang dipikulnya sering mengundang pandangan serong masyarakat.
Dr Afidah, 36, yang lebih mesra dengan panggilan Dr Fie berkata, gelaran ‘Janda Melaram’ ini turut memberi kesan terhadap urusan membabitkan bisnes (perniagaan) dengan pelbagai pihak.
“Itu satu tekanan sebenarnya sebab saya rasa macam bila kita nak ‘go business’, nak go apa, bila orang tengok kita ini macam J, apa orang panggil? Janda Melaram.
“Rasa macam tak baik cakap macam itu dekat kita, kan? Sebab ibu tunggal ini orang senang nak ambil kesempatan. Terutamanya kalau kita down, kalau kita baru nak bangkit, kan? Kita percaya dekat orang.
“Lelaki sekarang kan bila tengok orang kata Janda Melaram tadi, Mulalah, banyak sangat yang ‘approach’ itu. Tapi kita tak tahu mana satu yang ‘genuine’,” katanya ketika ditemui pada kejohanan Blossom Rally Pickleball 2026 di Tomaz Pickleball Club, di sini, hari ini.
Kejohanan anjuran Akademi Sang Putra (ASP) itu dianggotai oleh ramai selebriti antaranya Zahiril Adzim, Datuk AC Mizal, Elfira Loy dan ramai lagi.
Tambah Dr Fie lagi, gelaran ini juga menjadikan dia gusar mengenai keselamatan diri apalagi jika dia ke mana-mana acara sendirian.
“Ada yang datang nak bagi makanlah macam hari ini. Maksudnya dia tahu di mana saya berada. Risau juga terutama kalau saya seorang diri.
“Kadang-kadang bila orang kata jadi janda ataupun ibu tunggal ini, ramai orang macam ambil mudah macam rasa nak tindas. Saya rasa kadang-kadang macam ada orang nak tindas saya.
“Tapi disebabkan kita ada semangat yang kuat sebab, tak senang nak jaga anak seorang-seorang, kan? Jadi kita punya kekuatan itu berbeza dengan orang lain,” katanya.
Pasangan Nubhan dan Dr Fie sah bercerai dengan talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember tahun lalu. Mereka berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga anak.