Penyanyi Tomok sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila tampil dengan imej baharu selepas menjalani rawatan menanam rambut.
Suatu ketika dahulu, sekitar penghujung era 1990-an, Tomok yang merupakan vokalis kumpulan New Boyz cukup sinonim dengan gaya rambut belah tengah sehingga menjadi ikutan ramai remaja pada zaman itu.

“Tengok Tomok ada rambut, seperti melihatnya 20 tahun lalu.
“Imej baru ini buat saya terimbau kegilaan pada New Boyz, rindunya!
“Tolong kembali dengan gaya rambut belah tengah, ‘legend’ stail itu,” kata peminatnya.
Source :