Pelakon Fattah Amin dan bekas isterinya sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dilihat meluangkan masa bersama puteri kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya.

Menerusi sekeping foto yang tular di media sosial, kedua-duanya dilihat hadir bersama sambil memegang tangan Fatima, sekali gus mengundang rasa gembira dalam kalangan peminat.

Fatima
ata-rata netizen menyifatkan momen tersebut sebagai satu pemandangan yang cukup indah, lebih-lebih lagi apabila kedua-dua ibu bapa itu dilihat mengetepikan segala perkara demi kebahagiaan anak mereka.

“Finally. What a beautiful sight. What a lovely day

“Semuanya diletak kat tepi, DEMI FATIMA, puteri kesayangan Fazura dan Fattah. Semoga in future, both mommy and daddy akan sentiasa ada untuk Fatima

Ruangan komen turut dibanjiri doa dan kata-kata positif daripada orang ramai yang berharap Fattah dan bekas pasangannya itu akan terus memberikan kasih sayang serta sokongan kepada Fatima walau apa jua keadaan.

j
Ramai berpendapat, kebahagiaan dan kesejahteraan anak seharusnya sentiasa menjadi keutamaan, malah momen seperti ini disifatkan sebagai sesuatu yang menggembirakan untuk disaksikan.
Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *