Usahawan, Engku Emran berkongsi kebimbangan terbesar yang dihadapinya sebagai seorang bapa kepada anak remaja, iaitu apabila anak tersalah memilih rakan.
Menerusi penampilannya dalam Podcast Hello Sihat, Engku Emran atau nama penuhnya Engku Emran Engku Zainal Abidin berkata, pergaulan memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan masa depan seseorang.
Menurutnya, pengalaman hidup sendiri membuatkan dia percaya bahawa berada dalam kelompok yang salah boleh membawa kesan negatif yang besar.
“Apa yang saya takutkan adalah apabila anak salah memilih kawan. Kita pernah alami perkara ini apabila kita bercampur dengan kelompok yang salah.
“Ia boleh memberi kesan yang sangat buruk terhadap masa depan mereka.

“Jadi, itu adalah kebimbangan terbesar saya pada ketika ini.”
Atas sebab itu, Emran mengambil pendekatan untuk mengenali setiap rakan rapat anak perempuannya, selain berusaha menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa mereka.