Kuala Lumpur : “Saya sebenarnya cemburu apabila tengok Syed Saddiq dan Bella bertunang pada 28 Mac lalu,” kata pelakon popular era 1990-an Noralbaniah.

Noralbaniah, 56, atau nama sebenarnya Noralbaniah Rafie berkata, cemburu yang dimaksudkan bukanlah negatif tetapi positif kerana gembira dengan pilihan Syed Saddiq.

“Satu rahsia saya nak cerita. Bila saya tengok mereka sebelum bertunang, watak Syed Saddiq itu macam watak arwah suami saya, Sudarman.

“Saya lihat dari segi watak, arwah dan Syed Saddiq orang yang cerdik. Memang dari segi rupa paras tak sama tapi saiz badan dan fizikal mereka lebih jurang sama.Advertisement

“Sebab masa saya jadi pelakon, arwah Sudarman banyak bagi galakan untuk saya terus ke depan dengan menyertai Miss Malaysia, bawa saya pergi shooting di Indonesia.

“Dia adalah tulang belakang saya, pengurus saya dan ciri-ciri ini saya dapat lihat ada pada diri Syed Saddiq,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon filem Adik ini tidak berselindung mengakui, dia menitiskan air mata ketika menonton sesi siaran langsung pertunangan pasangan ini.

“Ia memang mengingatkan saya semula pada sosok arwah iaitu seorang lelaki yang ‘gentleman’. Tahniah kepada Bella kerana berjaya memenangi hati Syed Saddiq.

“Saya sedih kerana kalau Sudarman ada, macam inilah saya. Sebab Bella waktu berpasangan dengan Syed Saddiq barulah namanya naik semula.

“Macam itulah saya dulu. Berlakon dua filem tapi dia (populariti) macam itu saja. Tapi bila kenal dengan Sudarman, dialah yang jadi tulang belakang betul-betul.

“Kalau dia pergi berlumba, saya pun pergi. Bila saya shooting pula, dia pun ada. Jadi dua-dua ini bergabung. Bila bergabung nama kami berdua ‘boom. Tapi bila boom itu dia meninggal.” katanya sedih.

Terdahulu suami Noralbaniah, Allahyarham Sudarman Daud, seorang pelumba kereta meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 1996.

Kemalangan berlaku ketika mereka keluar untuk meraikan ulang tahun hari lahir Sudarman.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *