Hantaran terbaru pelakon, Abby Abadi telah menarik perhatian netizen selepas memuat naik video bersama anak-anaknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok itu, Abby mengakui tidak mudah untuk dia membesarkan anak-anak tanpa figura seorang ayah, namun bersyukur atas bantuan daripada keluarga terdekat.

Cabaran besarkan anak sendiri
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkongsi cabaran yang dihadapinya apabila gagal untuk mempertahankan rumah tangganya bersama bekas suami, Norman Hakim.
Bila mama papa berpisah waktu anak-anak masih kecil, bukan senang sebenarnya untuk lalui kerana mereka tak faham apa-apa ketika itu.
Untuk menjaga dan mendidik mereka ini jadi manusia yang kenal diri jadi hamba Allah.
Kata Abby, dengan kehadiran arwah ibu sedikit sebanyak membantu dirinya untuk terus kuat mendidik anak-anak menjadi hamba Allah yang taat.
Bersyukur masa anak-anak kecil, ada arwah mak, ayah, abang dan kakak yang tolong jaga sama-sama. Ada kawan baik yang selalu sudi teman kemana-mana saja. Tak mudah tapi Alhamdulillah, saya ada Allah.
Dalam pada itu, Abby sempat menitip kata maaf kerana tidak mampu menjadi figura ibu yang hebat buat anak-anaknya.
Maafkan mama tak cukup sempurna untuk jadi mama yang hebat, yang boleh buat semua perkara, yang boleh selesaikan semua hal.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.
Pada Ogos 2015, Abby mendirikan rumah tangga kedua bersama pilihan hati, Muhammad Faizal Zakaria.