Kuala Lumpur: “Semoga bertemu kebahagiaan kembali buat Fattah dan Fazura.”

Demikian reaksi seorang netizen sebaik mendengar single duet terbaharu nyanyian pasangan selebriti Nur Fazura dan bekas suami Fattah Amin berjudul Bertahan Demi Cinta yang dilancarkan di platform penstriman digital hari ini.

Menerusi video ‘teaser’ single itu yang dimuat naik syarikat rakaman Indonesia, Hits Records, rata-rata berharap agar pasangan selebriti yang baru bercerai itu untuk kembali rujuk.

“Semoga Allah tautkan kembali ikatan yang terputus, saling memaafkan dan jernihkan yang keruh,” tulis seorang pengguna akaun media sosial.

“Semoga Tuhan dengar doa yang baik-baik buat Fattah dan Fazura. Moga kembali semula,” kata seorang warganet.

“Tolong kembali semula,” tulis seorang netizen.

Terdahulu pengurus kepada Fattah dan Fazura memberitahu, pihak mereka tidak dimaklumkan mengenai penerbitan lagu itu, justeru tidak bersetuju sekiranya ia dikeluarkan pada waktu sekarang.

Pada 7 Oktober lalu, Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari selepas tujuh tahun berumah tangga.

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *