Kuala Lumpur: Walaupun kes perceraian sudah selesai, namun bekas isteri penyanyi Nubhan Ahamad, 36, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 35, tetap menjadi perhatian netizen di media sosial hingga kini.

Terbaharu, Dr Fie menerusi hantaran dimuatnaik di akaun Threads miliknya tiba-tiba berkongsi bicara mengenai hak terhadap sebuah kediaman.

“Yes! Ini rumah aku! Rumah aku! Jangan nak ambik-ambik ye..,” tulisnya ringkas pada hantaran dibuat berserta dua emoji menangis.

Rentetan perkongsian hantaran itu, teka-teki mula tercetus pada kebanyakan netizen yang ingin mengetahui apa yang berlaku sebenarnya kepada ibu tunggal berkenaan.

Enggan berlarutan hingga terjadi salah faham ramai, Dr Fie menjelaskan bahawa hantaran dimuatnaik itu tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun.

Katanya, dia sekadar melayan emosi diri sendiri yang tidak dapat ditahan kerana menonton filem berjudul La Tahzan dan jalan ceritanya mengguris perasaan.

“Ok semua.. saya sedang emosi tengok movie (filem) #LaTahzan.. Jangan salah faham semua!

“Tapi ending (pengakhiran) dia scary (menakutkan). Lawa-lawa pun main hantu,” tulisnya pada komen balas berserta emoji senyum.

Pada ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan komen Dr Fie itu dan menyifatkannya sebagai wanita yang lucu dan pandai berjenaka juga.

Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang memutuskan Nubhan dan Dr Fie sahkan bercerai talak dua yang berlaku dua kali.

Lafaz cerai pertama dilakukan Nubhan terhadap Dr Fie pada 19 Januari 2017 dan mereka rujuk semula tiga hari kemudian, manakala lafaz cerai kedua pula berlaku pada 26 Ogos lalu.

Hakim Syarie, Umamuddin Yunus memutuskan demikian selepas meneliti secara terperinci, selain berpuas hati dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh pihak Nubhan dan Dr Fie.

Nubhan dan Dr Afifah yang juga seorang doktor gigi bernikah pada 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan selama 10 tahun itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *