Kuala Lumpur: Pelakon Tiz Zaqyah, 37, berkongsi detik berdepan pengalaman getir akibat serangan gastrik dan keracunan makanan sehingga dimasukkan ke wad kecemasan.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak membuat perkongsian itu menerusi hantaran foto dirinya sedang berbaring dan menerima rawatan.

“Pertama kali tumbang gigil naik kerusi roda masuk (wad) kecemasan, masuk drip (air). Alhamdulillah rasa lebih baik tapi gastrik dan keracunan makanan bukan satu perkara yang kelakar.

“Saya rasa macam tak ada harapan dah tadi (semalam), punya sakit sampai kejung tangan dan kaki. Traumanya. Minum tadi sebab haus, semua muntah balik dan cirit birit juga,” katanya.

Pelakon Nur Kasih itu kini sudah beransur pulih, namun pengalaman itu mengajarnya bahawa masalah gastrik dan keracunan makanan tidak boleh dipandang ringan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan kata semangat dan mendoakan agar Tiz segera sembuh dan pulih seperti sedia kala.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *