Kuala Lumpur: Sekian lama hilang dari radar seni, kemunculan penyanyi rap terkenal, Malique Ibrahim di aplikasi TikTok dan Instagram mengejutkan ramai peminat.

Menerusi hantaran dimuat naik, Malique atau nama sebenarnya, Cairel Edrin Ibrahim memuat naik foto dirinya dari sudut pandang belakang di studio rakaman.

Mengiringi entri itu, keterangan gambar yang menyatakannya bakal membuat kemunculan semula dalam bidang muzik.

“Aku kembali di dunia sebenarku,” tulisnya.

Sejak akaun TikTok menggunakan nama @maliqueibrahimqarma itu dibuka semalam, akaun sudah mempunyai lebih 18,000 pengikut.

Bekas anggota kumpulan hip hop, Too Phat itu turut mengubat kerinduan peminat apabila membuka akaun Instagram (IG), dua hari lalu.

Dalam tempoh masa singkat, akaun itu berjaya mengumpul lebih 80,000 jumlah pengikut.

Bagaimanapun, komposer lagu Sedih Hati itu tidak memuat naik sebarang foto memaparkan wajahnya.

Sebaliknya, Malique yang dikenali sebagai Mr General hanya berkongsi foto lokasi menarik dan selebriti yang hadir ke studio miliknya, Qarma Studios.

Kemunculan Malique dalam media sosial menjadi bualan ramai selepas sejak bergerak solo selepas pembubaran Too Phat pada 2007 dan lebih selesa bekerja di belakang tabir.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *