Pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa terkilan apabila dia pernah dikutuk dan ‘face shaming’ oleh rakannya sendiri ketika hamil.

Dia yang sering memuat naik video masakan di TikTok mengakui terasa hati apabila ada rakan mengatakan wajahnya kehilangan seri disebabkan kini sedang hamil anak perempuan.

Bila lepak dengan kawan saya akan cepat terasa, sebab tu saya selalu lepak dengan ipar saja. Rakan saya cakap, ‘saya ada kawan, walaupun dia mengandung dia nampak cantik, glowing, biasalah anak awak perempuan, akan tarik seri mak dia.
Saya rasa secara tak langsung, dia nak kata saya ni buruk semasa hamil.

Ada juga yang kata, ‘Tika awak patut bersyukur dapat suami awak, Lokman ni mana-mana perempuan dia nak boleh dapat petik jari saja. Awak siapa saja, tak ada apa bukan lawa pun, dah tua juga.

Sekadar info, Atikah Suhaime selamat bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh,35, pada 21 Januari 2024. Atikah kini sedang sarat hamil anak pertama mereka.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *