Shah Alam: Persembahan yang agak bagus malam ini ‘menyelamatkan’ enam peserta program realiti, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) daripada tersingkir di konsert minggu kelima.

Apatah lagi,  juri tetap dibarisi Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, Cakra Khan termasuk juri jemputan, Datuk Francissca Peter rata-rata terhibur dengan persembahan peserta yang boleh dikata kurang membuat silap.

Konsert CSOIAM minggu keenam nanti mengetengahkan tema ‘Saling Menyengat Fizz Sangat’ yang menyaksikan kesemua enam peserta berduet dengan penyanyi popular dipilih.

Siapakah antara Marsha Milan, Shiha Zikir, Aisha Retno, Haqiem Rusli, Amir Masdi dan Khai Bahar akan berduet dengan peserta CSOIAM iaitu Zazzleen, Eylia Guntabid, Kai Deva, Mariam, Marygrace dan Jimi.

Penyingkiran seterusnya mungkin berlaku pada Ahad depan sekaligus menyaksikan siapakah peserta yang bakal bersaing di konsert akhir CSOIAM pada 9 Februari depan.

Permarkahan peserta setiap minggu berdasarkan 60 peratus daripada juri profesional, manakala  40 peratus oleh undian penonton.

Pada konsert minggu kelima CSOIAM kali ini menampilkan Akim & The Majistret sebagai pembuka tirai persembahan dengan dendangan dua lagu hit mereka iaitu Obses dan Saksama.

Peserta CSOIAM juga menghiburkan penonton pada slot pembukaan dengan lagu Hati Kama nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris serta Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris).

CSOIAM mencari seorang juara yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Program realiti nyanyian yang disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di TV3 ini dihoskan gandingan penyampai radio, Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *