Kuala Lumpur : Peserta Gegar Vaganza 11 (GV11), Arrora Salwa menafikan dia menggunakan khidmat bomoh atau ‘mak esah’ seperti didakwa segelintir netizen.
Dalam satu hantaran di TikTok, Arrora menjelaskan bahawa dia mengamalkan ayat-ayat Al-Quran.
“Ada yang kata Arrora Salwa pakai ‘mak esah’, Arrora Salwa ‘mandrem’ (guna sihir). Dia begini, tak perlu pakai ‘mak esah’, pakai ayat al-Quran saja.
“Diamalkan surah al-Baqarah, ayat satu sampai lima. Lepas itu, ayat Kursi. Kemudian, ayat terakhir al-Baqarah. Kau hafal
“Insya-Allah, kalau orang nak buat apa-apa benda tak baik kepada kita, benda itu berbalik dan kena kepada dia,” katanya.
Dalam hantaran sama, Arrora turut menunjukkan demonstrasi melintas di bawah ampaian kerana dikatakan itu adalah antara pantang bagi mereka yang menggunakan khidmat bomoh atau sihir.
“Satu lagi, orang kata kalau pakai ‘mak esah’, tak boleh lalu bawah ampaian, kan? Okay saja. Tak ada ‘mak esah’!” katanya.
Rata-rata pengikutnya meluahkan rasa terhibur dengan gelagat penyanyi yang popular dengan lagu Ahmad itu.