Sejak kebelakangan ini, drama bersiri ‘My Lecturer My Husband’ mendapat sambutan hangat penonton Indonesia termasuk rakyat Malaysia.

Tambahan pula, filem tersebut menampilkan pelakon Indonesia yang amat diminati ramai iaitu Reza Rahadian dan Prilly Latuconsina.

Menerusi drama tersebut, pelakon berusia 33 tahun itu membawa watak sebagai seorang pensyarah kacak yang digilai oleh para pelajar di universiti.

Namun, paling mengejutkan adalah bukan hanya sekadar lakonan, tetapi difahamkan Reza sememangnya seorang pensyarah di Universiti Indonesia (UI). Ingatkan berlakon sahaja, rupanya betul tenaga pengajar.

Memetik laporan Detik News, Ketua Program Studi Vokasi Komunikasi UI iaitu Dr Revie Rahmawati telah mengeluarkan kenyataan bahawa Reza merupakan salah seorang tenaga pengajar di sana.

Selain itu, pelakon filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck itu juga akan mengajar subjek berkaitan dengan pengajian media.

Kehadiran Reza sebagai tenaga pengajar untuk mewujudkan misi Pendidikan Vokasi iaitu menghasilkan sumber daya manusia yang memenuhi keperluan industri dan mampu bersaing,” katanya.

KREADIT : OH MY MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *