Pelawak Ali Puteh menerusi siaran langsung TikTok semalam memaklumkan bahawa dia enggan mengeluarkan kenyataan balas dan memilih untuk menjadi orang yang matang kerana enggan melanjutkan isu.
Ujar Ali, dia ingin fokus kepada perniagaannya kini iaitu sambal petai terangkat dan sambal jering berlado.
Tambahnya lagi, memang wujud manusia yang tidak senang melihat kejayaan orang lain.Terdahulu, balu kepada Allahyarham Abam Bocey ada membuat kenyataan menuntut hutang saman fitnah daripada Ali Puteh bernilai lebih RM70,000 yang masih belum dilunaskan sejak Aidilfitri yang lalu.
Kata Hidayah, sudah setahun Ali Puteh ‘mendiamkan diri’ dan culas membuat bayaran seperti yang dijanjikannya sebelum ini.