Sedia maklum, sudah banyak pakar kesihatan memberitahu bahawa wanita tidak perlukan sebarang ubat-ubatan ataupun wangian untuk kemaluan mereka.
Tetapi, sehingga kini kita dapat lihat masih ramai lagi yang ‘cetek’ pengetahuan mengenai perkara ini dan mempercayai kata-kata penjual yang menjual produk seperti mengetatkan ataupun memberi wangian untuk vagina.

amende ni masukkan dalam vagina pic.twitter.com/rorJgf0D73
— Cempaka (@IbuPeri__) September 16, 2022
Melalui video TikTok yang dimuat naik semula oleh pengguna terbabit, didapati penjual produk tersebut memberitahu cara penggunaan ‘serum’ tersebut dan ia perlu dimasukkan di dalam vagina untuk mendapatkan hasilnya.Advertisement
Sememangnya hal berkenaan telah menarik perhatian netizen dan rata-ratanya mengecam wanita tersebut kerana ia sama sekali ‘mitos’ dan hanya akan membahayakan kesihatan pembeli.
Video tersebut bukan saja menarik perhatian netizen, malah influencer Ceddy juga berasa terkejut melihat keberanian wanita tersebut menyebarkan perkara yang tidak benar.
Difahamkan juga, wanita yang menjual produk terbabit turut pernah viral sebelum ini apabila dia menjual sunblock, namun harus diminum dan bukannya di pakai di atas kulit.
Selain itu, kami akan kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.
Kreadit : beautifulnara.com