Kalau sebelum ini banyak kafe yang memfokuskan kepada kopi, kali ini istimewa untuk penggemar teh buah-buahan pula. Untuk pertama kali di Malaysia, akan ada kafe teh pop up berkonsep cermin terletak di Gamuda Gardens!

Pertama dan hanya satu di Malaysia

Bayangkan keseluruhan dinding kafe teh ini dibina menggunakan cermin di tengah-tengah taman yang dihiasi lampu berbentuk dandelion, saling tak tumpah macam kisah dongeng. Tapi kali ini versi realiti yang tak patut dibiarkan berlalu, rugi kalau tak ke sana nanti.

Ilusi dinding cermin kafe teh ini memberikan suasana lebih luas, unik dan tersendiri, jarang didapati di tempat lain. Seluruh persekitaran dipantulkan pada dinding cermin, dari keseluruhan taman, dekorasi sehinggalah pengunjung. Boleh la ambil peluang untuk berselfie nanti! Hiasan kafe teh ini terhad hanya dari 20 Ogos 2022 hingga 18 September 2022, jangan lupa ya!

Untuk julung-julung kalinya, bunga dandelion akan tumbuh secara ‘besar-besaran’ di Gamuda Gardens. Apa yang tambah menarik dandelion ini didatangkan dengan saiz besar dan berlampu. Sesuai untuk bergambar kenang-kenangan bersama yang seisi keluarga atau tersayang.

Cipta teh buah ikut kesukaan anda

Cuba sendiri untuk menguji tahap kreativiti mencipta teh buah mengikut citarasa masing-masing. Jenama minuman Pintea memberikan pengalaman pertama untuk pesan teh buah korang ikut kesukaan anda.

Jualan berlangsung dari 12 petang hingga 8 malam pada setiap hujung minggu. Nak dapatkan beg pemegang cawan minuman atau upgred percuma? Jangan lupa untuk mendaftar di kaunter sebelum membuat pesanan

Selain tarikan di atas, ada 5 lagi aktiviti yang berlangsung di Gamuda Gardens untuk dilakukan pada hujung minggu ini bersama keluarga atau kawan-kawan. Jom sertai beramai-ramai!

Ambil gambar, boleh dapat hadiah!

Siapa tak nak hadiah kan? Senang pula tu nak join. Cuma perlu ambil gambar di padang dandelion. Kemudian poskan di Facebook atau Instagram dengan hashtag #GamudaGardens, #Valeria #PinteaMalaysia #GamudaLand. Jangan lupa setkan pada tetapan umum.

Kreadit : ohmymedia.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *