KUALA LUMPUR: Demi menghasilkan nyanyian penuh jiwa, Nikki Palikat mengaku menggunakan kaedah yang agak ekstrem sebelum merakamkan single baharu berjudul Sudah.

Berkongsi lanjut, Nikki, 37, menjelaskan sebagai pelakon teater, eksperimentasi yang dilakukan bertujuan menyampaikan mesej lagu berkenaan kepada pendengar.ADVERTISING

“Sebaik sahaja mendengar demo lagu ini, Nikki mengaku karya ini sangat kuat. Tidak dinafikan tanggungjawab terhadap lagu ini sangat berat kerana Nikki menyambung hasrat Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang tidak sempat merakamkannya.

“Justeru sebagai orang teater, Nikki cuba melakukan eksprimentasi dengan mengikat tangan dan bungkus diri dalam ‘comforter’ sambil menyanyi bagi mendapatkan hasil yang baik dari segi penghayatan sebelum rakaman.

“Nikki tidak mahu sekadar menyanyi seperti lagu balada biasa atau tayang vokal semata-mata. Ada ketika cara penyampaian Nikki juga bukan seperti sedang menyanyi.

Nikki berjanji berusaha sebaik mungkin bagi memenuhi impian Allahyarham Sarah membawa lagu Sudah ke pentas AJL. Foto Ihsan Indigital Music
Nikki berjanji berusaha sebaik mungkin bagi memenuhi impian Allahyarham Sarah membawa lagu Sudah ke pentas AJL. Foto Ihsan Indigital Music

“Tetapi lebih kepada bercakap atau melepaskan keluhan untuk disesuaikan dengan lirik kekecewaan dan putus harapan yang digambarkan dalam liriknya,” katanya kepada BH Online.

Tambah Nikki, usaha yang dilakukannya itu sejajar penjenamaan baharu dirinya yang mahu lebih fokus dalam pembikinan lagu berentak balada.

“Sebelum ini, Nikki lebih dikenali peminat sebagai penyanyi lagu rancak dan R&B. Dengan kemunculan semula ini, Nikiki mahu lebih fokus kepada lagu balada.

“Nikki mahu peminat lihat sisi berbeza Nikki dengan menyanyikan lagu lebih beremosi berbanding sekadar mempamerkan kekuatan vokal semata-mata,” katanya pada majlis pelancaran single serta video muzik Sudah di sini, baru-baru ini.

Mengulas hasrat Allahyarham Sarah yang mahu lagu ini dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu (AJL ) Ke-37, biarpun menyedari ia tugas mencabar, namun, penyanyi vokal mantap ini lebih selesa bersikap positif .

“Nikki diberitahu arwah mengimpikan untuk lagu ini dipertandingkan pada AJL ketika kali pertama dia mendengarnya. Selepas mendengar melodi, Nikki juga bersetuju kerana lagunya sangat kuat.

“Malah, ramai peminat memuji Sudah selepas saya kongsi di Instagram (IG). Namun, saya sedar laluan untuk sampai tahap itu memang sukar.

“Namun, saya akan memberi yang terbaik agar hasrat arwah tercapai,” janji naib juara musim kelapan program realiti Gegar Vaganza (GV8) ini.

Lagu Sudah ciptaan Naim Daniel boleh distrim di semua pelantar digital manakala video muzik ditayangkan di YouTube, sejak kelmarin.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *