Mahu membantu peminat yang terjejas akibat bencana banjir, penyanyi Baby Shima mengambil inisisatif menjual baju terpakai miliknya menerusi aplikasi Tik Tok.
Menurut Shima atau nama sebenar Nor Ashima binti Ramli , 29 tahun, idea utnuk mengumpulkan dana dengan menggunakan platform media sosial timbul selepas dia melihat ada dalam kalangan peminatnya menjadi mangsa bencana banjir tersebut.
Memandangkan dia kini berada di kampung halaman di Johor, Shima, berata jualan baju secara talian adalah cara paling mudah untuknya mengumpulkan dana secepat mungkin
“Saya kumoul dana dengan menjual baju preloved di Tik Tok. Wang daripada hasil jualan tersebut akan didermakan kepada mangsa banjir terutamanya peminat di Shah Alam dan Klang.
“Nak turun lokasi bencana masih belum berkesempatan kerana saya kini berada di kampung, jadi saya gunakan live di Tik Tok sejak dua hari lepas dengan menjual koleksi baju kesayangannya.
Alhamdullilah semuanya terjual dan dana terkumpul bernilai ribuan ringgit. Ini antara salah satu cara saya membantu mereka yang terkesan walaupun berada di Johor, ” katanya kepada pihak mStar.
Sumber Dari : https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/12/22/baby-shima-jual-baju-show-di-tiktok-kumpul-dana-bantu-peminat-terkesan-banjir