Ramai selebriti tanah air dilihat sudah ke jinjang pelamin dan menimang cahaya mata tahun ini tetapi yang menjadi perhatian kini pastinya pengacara terkenal Neelofa.
Neelofa mengambil pendekatan untuk ‘mengunci mulut’ berhubung spekulasi yang mengatakan dia hamil meskipun foto dia berbadan dua sudah tular serta bertebaran di media sosial.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, perkongsian berita kelahiran cahaya mata adalah lebih baik dihebahkan berbanding cerita kehamilan baginya.
Tambah pelakon serta pengacara itu lagi, dia takut hendak cakap lebih-lebih namun tetap memerlukan doa yang baik dan kata-kata positif daripada orang ramai.
Sekadar info, Neelofa bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangganya dengan pendakwah bebas PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail pada 27 Mac lalu.
Apapun, yang pasti spekulasi kehamilan membabitkan Neelofa itu tetap diterima baik oleh netizen dan ramai yang mendoakan agar segala urusan selebriti tersebut sentiasa dipermudahkan Allah SWT.
Sumber dari : https://beautifulnara.com/neelofa-akui-lebih-selesa-kunci-mulut-soal-kehamilan/