Kuala Lumpur: Pelakon veteran Louisa Alisa Chong Abdullah, 71, memaklumkan suami, Allahyarham Hamid Samad, 74, kembali ke Rahmatullah, pada jam 4.20 pagi tadi.
Louisa yang terkenal dengan sitkom 2+1 itu mengesahkan berita pemergian insan tersayang melalui aplikasi WhatsApp kepada BH Online.
“Suami meninggal dunia jam 4.20 pagi, hari Jumaat.
“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara,” katanya.
Pada 2011, Allahyarham Hamid difahamkan mengalami serangan angin ahmar sebanyak tiga kali sehingga koma.Advertisement
Allahyarham Hamid yang juga ahli perniagaan, bernikah dengan Louisa pada 1992.