Pelakon jelita Zahirah MacWilson mencuri perhatian ramai selepas berkongsi beberapa foto terbaharunya dengan penampilan berhijab.
Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, memuat naik foto berkenaan menerusi akaun Instagram ketika sedang menikmati percutian di Bali.

Dalam perkongsian tersebut, Zahirah dilihat tampil sopan menggayakan blaus labuh bersama hijab berwarna coklat.
“Sepetang yang cerah di Julai, sepetang yang cerah bersama kamu,” tulisnya di bahagian kapsyen.
Perkongsian tersebut kemudiannya menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan-rakan selebriti.
Kebanyakan mereka meluahkan rasa gembira melihat penampilan terbaharu isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu.
“Masya-Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen Mira Filzah dan Hannah Delisha.
Netizen pula berpendapat pelakon drama bersiri Good Boys Go To Heaven itu kelihatan semakin cantik apabila berhijab dan berharap dia terus kekal istiqamah.
“Seronoknya tengok awak semakin cantik bila berhijab. Semoga kekal istiqamah,” komen seorang netizen.
Penampilan terbaharu Zahirah itu sekali gus mencuri perhatian ramai yang turut mendoakan perkara baik buat dirinya.