Kuala Lumpur : Pempengaruh dan usahawan, Noor Nabila, 42, menitipkan doa buat adiknya, Neelofa yang disahkan hamil anak ketiga.

Difahamkan, menerusi hantarannya di Instagram semalam, Nabila memuat naik video yang menunjukkan dia bersama keluarganya hadir dalam sebuah majlis pengumuman jantina bayi.

Melalui hantaran berkenaan, Nabila memanjatkan doa penuh bermakna dengan menitipkan kesyukuran serta harapan agar Allah SWT menjaga si kecil yang sedang membesar dalam rahim adiknya itu.

“Ya Allah, jagalah si kecil yang sedang membesar dalam rahim ini.

“Kurniakanlah dia kesihatan yang baik, sempurnakanlah tumbesarannya, lindungilah dia daripada segala keburukan dan jadikanlah dia anak yang soleh atau solehah, sihat, baik akhlaknya dan lembut hatinya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nabila turut mendoakan agar setiap urusan sepanjang perjalanan kehamilan adiknya yang juga selebriti dan usahawan itu dipermudahkan.

“Permudahkanlah setiap urusan perjalanan kehamilan ini, dan apabila tiba waktunya nanti, lahirkanlah dia dengan selamat, sempurna dan dipermudahkan segala urusan.

“Semoga si kecil ini menjadi penyejuk hati, pembawa bahagia dan asbab bertambahnya kasih sayang dalam keluarga ini,” kongsinya.

Bagaimanapun, dalam hantaran itu, Nabila tidak berkongsi jantina anak ketiga adiknya itu.

Sebelum ini, penampilan Neelofa, 37, mencuri perhatian orang ramai apabila tular gambarnya yang kelihatan ‘baby bump’.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Bilal, 4 dan Abbas, 3.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *