BIARPUN sudah beberapa kali memegang watak utama sejak memasuki industri seni sekitar 2020, pelakon Jazmy Juma enggan mendongak langit sebaliknya mengakui dirinya masih hijau.

Menurut Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, dia menyedari perjalanan seninya masih jauh dan banyak perkara perlu dipelajari untuk menjadi pelakon yang matang.

“Saya dah banyak kali pegang watak utama, sejak 2020 lagi. Tetapi saya masih baru lagi dalam industri ini dan banyak lagi benda yang saya perlu belajar dan rasai.

“Saya tak rasa saya seorang yang bernasib baik. Sebelum masuk ke dalam industri ini lagi, saya sudah buat banyak persediaan.

“Saya pergi ke kelas lakonan sebab nak jaga kualiti sebagai pelakon. Saya betul-betul ambil tahu bagaimana seorang pelakon itu bekerja dan berfikir,” katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.

Katanya, tanpa ilmu dan persediaan asas, dia tidak mampu bertahan atau memahami selok-belok dunia lakonan dengan baik.Loading…00:0001:00Tonton Non Stop, On Top!

“Kalau sebelum ini saya tidak pergi belajar dan tidak buat persiapan,† kemudian terus berlakon, mungkin saya tidak akan boleh berlakon langsung. Saya tidak akan faham lakonan itu apa dan dialog itu apa.

“Jadi saya memang sudah sediakan diri saya secukupnya. Banyak cikgu yang saya jumpa untuk menuntut ilmu. Perjalanan ini tidak mudah dan tidak singkat. Ia mengambil masa yang panjang,” katanya lagi.

Sikap rendah diri dan dahagakan ilmu turut mendorong Jazmy tidak segan bertanya ilmu dan pandangan daripada pelakon-pelakon senior yang pernah bekerjasama dengannya.

“Setiap kali bekerja dengan mana-mana pelakon, saya tidak akan segan silu untuk bertanya kepada sesiapa sahaja. Saya akan tanya bagaimana cara mereka berfikir untuk menjayakan sesuatu watak,” kongsinya.

Jazmy bergelar suami

Menyentuh mengenai kehidupan fasa baharu selepas berumah tangga, Jazmy meluahkan rasa syukur dan menganggap status baharu itu berlaku tanpa sebarang perubahan drastik.

“Alhamdulillah, saya masih orang sama,” katanya menolak dakwaan kononnya status sebagai suami akan menyebabkan peminat ‘lari’.

Jazmy yang bernikah bersama wanita pilihan hatinya pada 27 Jun lalu optimis bahawa mentaliti penonton tempatan kini sudah berubah.

“Sekarang kita berada di tahun 2026. Kita sudah mempunyai kelompok penonton yang sangat bijak dan boleh menilai sesebuah cerita itu sendiri.

“Saya rasa setiap individu mempunyai televisyen dan telefon pintar kini sudah berilmu kerana semua maklumat berada di hujung jari,” katanya.

Katanya, kualiti sesebuah naskhah adalah perkara utama yang menarik minat penonton, bukannya bergantung kepada status peribadi seseorang pelakon.

“Jadi saya rasa penonton kita semua sudah bijak. Mereka tetap akan tonton cerita itu kalau ceritanya bagus.

“Bukan disebabkan pelakon itu semata-mata, sebaliknya kerana kehebatan cerita itu sendiri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Jazmy turut menegaskan dia tidak menyimpan sebarang kerisauan berhubung pertukaran status dirinya terutama dari segi penerimaan peminat terhadap bakat lakonannya.

“Saya rasa diri saya sendiri pun tidak akan tonton sesebuah cerita itu disebabkan pelakonnya masih bujang atau belum berkahwin. Saya tonton sebab ceritanya menarik.

“Sebelum tonton, saya akan baca dulu sinopsisnya. Bila tahu perjalanan ceritanya, saya tertarik nak tonton disebabkan faktor cerita itu sendiri, bukannya siapa yang berlakon.

“Kalau pelakon itu cantik, handsome atau comel, itu semua hanyalah bonus untuk cerita berkenaan. Saya lebih fokus kepada penyampaian sesebuah naskhah.

“Jadi saya rasa pada tahun 2026 ini, semua benda dah berbeza,” katanya.

Meskipun bergelar suami, Jazmy menegaskan statusnya tidak menjadi penghalang untuk dia terus meneroka pelbagai genre dalam dunia lakonan, termasuk naskhah romantik mahupun aksi.

“Walaupun dah kahwin, saya tetap akan penuhi ‘bucket list’. Sama ada saya berkahwin atau tidak, saya tetap akan ada had dalam kerja. Saya tetap berfikir bagaimana saya mahu bekerja,” katanya.

Keputusan Jazmy untuk mendirikan rumah tangga ketika namanya sedang berada di puncak populariti menerima respons yang amat positif.

Jazmy meluahkan rasa syukur dan gembira apabila tindakan itu disambut baik serta mendapat sokongan padu daripada peminatnya.

“Alhamdulillah, saya rasa gembira. Saya mendapat komen positif dan sokongan yang positif. Semua orang memberikan maklum balas yang sangat baik kepada saya,” katanya.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *