Petaling Jaya: Pelakon dan pengacara, Raja Azura mendoakan rakannya Abby Abadi yang juga pelakon diberikan ketenangan dan ruang untuk berdamai dengan keluarganya susulan kemelut peribadi yang melanda.

Raja Azura, 53, atau lebih mesra disapa Kak Engku percaya bahawa badai yang melanda hubungan Abby dan anak keduanya, Marissa Dania Hakim akan menemui jalan penyelesaian kerana anak-anaknya dididik dengan sempurna.

“Saya doakan semoga Allah SWT memberikan Abby Abadi ketenangan dalam dirinya dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Insya-Allah, dia akan berdamai dengan keluarganya.

“Keluarganya semuanya dididik dengan baik. Dia sendiri mendidik anak-anaknya dengan baik, begitu juga Norman (Norman Hakim). Sebelum ini saya juga pernah melihat bagaimana keluarga mereka bersatu,” katanya.Advertisement

Raja Azura ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media Astro Fandom di D Theatre Malaysia, di sini, sempat menitipkan pesanan agar golongan wanita agar sentiasa mengutamakan kesihatan mental dan fizikal terlebih dahulu.

“Dalam situasi sebagai seorang ibu, apa sahaja yang berlaku, jangan ambil hati dan jangan simpan dalam hati. Sebab yang paling penting ialah kita perlu menjaga diri sendiri, hati dan mentaliti kita.

“Kalau kita sayang pada diri sendiri, jagalah diri kita. Sebab orang lain tidak akan mampu menjaga diri kita melainkan diri kita sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai budaya segelintir pihak yang gemar meluahkan isi hati dan kisah peribadi di media sosial, Raja Azura menjelaskan setiap individu mempunyai pendekatan berbeza, namun dia sendiri lebih selesa mengambil pendekatan mengunci mulut.

“Macam saya, saya lebih suka berdiam diri. Bagi saya, semakin banyak kita bercakap, semakin banyak kita melakukan kesilapan. Saya tidak mahu jadi begitu.

“Apabila saya terlalu banyak bersuara, semakin banyak saya bercakap, semakin banyak kesilapan yang saya lakukan. Jadi saya rasa bersalah kepada diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, hubungan Abby dan Marissa kembali menjadi bualan netizen selepas anggota kumpulan Elite itu dilihat memuat naik beberapa hantaran berbaur luahan kekecewaan di platform media sosial miliknya.

Dalam perkembangan lain, Raja Azura bakal kembali mengubati rindu peminat apabila diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai pengacara program realiti, Kilauan Emas Selebriti tidak lama lagi.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *