KUALA LUMPUR: Kebolehan dan kefasihan berbahasa Mandarin tidak dipersia-siakan penyanyi Masya Masyitah, 21, apabila merakamkan single solo pertama berjudul Jiu Meng Xin Su.

Single Jiu Meng Xin Su ciptaan Kai Kai dan diterbitkan Peng Chu yang dilancarkan pada 25 Jun lalu menjadi bukti kefasihan penyanyi tinggi lampai itu berbahasa Mandarin sejak bangku sekolah lagi.

Sebelum ini, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nur Masyitah Yusoff pernah merakamkan single Mandarin berjudul Zuo Jian berduet bersama Jeryl Lee.

Rancak bercerita mengenai single Jiu Meng Xin Su bergenre slow rock, Masya berkata, karya itu tiada kaitan dengannya di alam realiti.

“Ikutkan, single Jiu Meng Xin Su adalah karya kedua, tetapi ini single yang dinyanyikan secara sola yang pertama.

“Ia mengisahkan sepasang kekasih yang sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan. Namun, malang menimpa apabila teman lelaki terpaksa menyembunyikan penyakit dialaminya dan mendiamkan diri.https://7fa38b0c3063392e755e18e2ec6425c7.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

“Teman wanita tertanya-tanya, malah mereka berpisah dengan pengakhiran menyayat hati. Bagaimanapun, ia bukanlah kisah cinta saya. Ia mungkin imaginasi atau pengalaman yang hanya diketahui komposer lagu ini,” katanya kepada BH Online.

Kisah percintaan yang berakhir dengan perpisahan menyayat hati menjadi taruhan Masya Masyitah dalam single solo pertama bahasa Mandarin berjudul Jiu Meng Xin Su. - Foto IG Masya Masyitah
Kisah percintaan yang berakhir dengan perpisahan menyayat hati menjadi taruhan Masya Masyitah dalam single solo pertama bahasa Mandarin berjudul Jiu Meng Xin Su. – Foto IG Masya Masyitah

Kehadiran single Jiu Meng Xin Su juga menggembirakan hati juara program realiti kanak kanak, Ceria Popstar musim kedua pada 2014 itu.

“Apabila boleh berbahasa Mandarin dan menyanyikan lagu dalam bahasa ini, secara automatik saya teringin mahu muncul dengan single solo. Alhamdulillah, akhirnya ia menjadi kenyataan.

“Jika ikut cerita sebenar, sudah lama saya dapat dan dengar lagu ini. Cuma, ia berjaya dirakamkan pada November, tahun lalu.

“Tidak sangka, single Jiu Meng Xin Su dilancarkan secara rasmi. Video muzik sudah menjalani penggambaran sekitar Mac lalu di Bukit Jalil,” katanya.

Sebelum ini, Masya yang juga artis naungan Rocketfuel Entertainment pernah muncul dengan empat single, Teman Bintang, Mawar Terbiar, Halimunan dan Hapus.

Selain menyanyi, Masya kini menambah sumber pendapatan dengan menjual aneka biskut, Delici by Masya.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *