Akhirnya, Shuib tampil memohon maaf kepada Jep susulan kemelut yang tercetus selepas episod Dol’s Podcast bersama Aziz Senario.
“Dok, aku mohon maaf dok. Kita kenal dekat 20 tahun, hampir separuh hidup aku. Aku takkan boleh menidakkan kenangan yang kita bina selama ni.”
Menurut Shuib, dia telah menghantar mesej WhatsApp kepada Jep pada jam 1.51 pagi Jumaat, tidak sampai 24 jam selepas Jep membuat hantaran pada Khamis tengah hari.
Shuib memohon maaf atas kesilapan dirinya dan Mamat yang menyindir Jep dalam podcast berkenaan. Dia turut menyatakan bahawa dia menganggap Jep mungkin telah menerima atau membaca mesej tersebut, namun tidak dapat memastikannya.
Dalam masa sama, Shuib menegaskan bahawa perniagaan yang dijalankannya adalah halal dan sah, manakala isu KWSP atau EPF pula sedang diselesaikan.
Persahabatan hampir dua dekad pastinya menyimpan banyak kenangan, daripada susah senang membina nama bersama sehinggalah menghiburkan jutaan peminat.