Shah Alam: “Saya ucapkan terima kasih kepada penduduk sekitar yang membantu saya malam tadi.

“Alhamdulillah… saya hanya mengalami kecederaan luaran di bahagian kepala, manakala pemeriksaan dalaman mendapati tiada yang serius,.”

Begitu kata penyanyi rock legenda, Datuk Nash yang menerima 24 jahitan di kepala dan 28 jahitan di dahi kiri.

Nash, 67, berkata kemalangan berlaku ketika dia menunggang motosikal pulang dari surau di kawasan kediamannya selepas mengerjakan solat Isyak.

“Selepas solat saya mengikuti ceramah dan barulah pulang ke rumah. Keadaan cuaca pula hujan. Dalam perjalanan itulah kemalangan berlaku,” katanya.

Nash dikejarkan ke Hospital Shah Alam sebelum dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta, di sini, hari ini.

Wartawan Harian Metro yang berpeluang menziarahinya mendapati penyanyi lagu Pada Syurga Di Wajahmu itu mengalami luka di bahagian kepala.

Sementara itu, Nash berkata, mata kirinya juga tidak boleh dibuka buat masa ini.

“Minta maaf kerana saya tidak dapat buka mata buat masa ini,” katanya yang turut diziarahi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Nash kelihatan menangis apabila seorang rakannya, menghubungi Ustaz Syed Putra dan Datuk Awie yang sedang mengerjakan umrah dan mereka memberikan kata-kata semangat serta mendoakannya.

Dalam pada itu, anggota keluarganya yang berada di hospital meminta Nash diberikan ruang untuk berehat dan tidak membenarkan kehadiran pelawat buat masa ini.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *