Kuala Lumpur : Amir Masdi, 29, tidak serik untuk kembali menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) biarpun pulang tangan kosong pada AJL 40, Sabtu lalu.Ketahui lebih lanjutBerita duniaBerita MalaysiaMajalah

Penyanyi dan komposer bersama lagu Nurcinta itu berkata, biarpun gagal membawa pulang sebarang trofi, dia berpuas hati apabila persembahannya mendapat ‘standing ovation’ daripada penonton di Unifi Arena, Bukit Jalil.

“Sesiapa pun yang sertai apa-apa pertandingan semestinya ingin pulang dengan sesuatu.

“Tetapi, bagi saya, apabila melihat penonton berdiri dan bersorak, ia satu kejayaan yang cukup besar buat saya pada malam itu.

“Apa yang penting, saya mahu orang ingat persembahan saya dan maklum balas positif yang saya terima daripada penonton membuatkan saya rasa amat dihargai,” katanya kepada BH Online.Advertisement

Amir amat terharu melihat maklum balas positif daripada peminat khususnya menerusi platform Threads.

Amir juga faham kekecewaan peminat yang mengharapkan dirinya membawa pulang trofi, namun, menyifatkan semua itu sebagai soal rezeki.Ketahui lebih lanjutAkhbar digitalBerita videoBerita Syarikat

“Alhamdulillah, saya terima banyak kata-kata positif daripada peminat di Threads.

“Jujurnya, saya puas hati dan gembira dengan persembahan dan saya harap mereka yang menonton pun merasakan perkara sama.

“Saya akan teruskan perjuangan ini dan tidak akan serik untuk bertanding. Apa yang penting, peminat saya gembira dan saya akan terus konsisten dalam kerjaya muzik,” katanya.

Kegagalan Amir pada pentas AJL 40 mengundang reaksi dalam kalangan peminat. Peminat berpendapat Amir mempunyai potensi untuk menduduki kelompok tiga terbaik.

Malah, ada yang berpendapat Amir sepatutnya membawa pulang trofi Vokal Terbaik berdasarkan lontaran vokal yang mantap dan jelas pada malam berkenaan.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *