Perkongsian terkini usahawan dan selebriti, Noor Neelofa di Instagram mencuri perhatian ramai apabila timbul dakwaan mengatakan dia kini sedang hamil anak ketiga.
Menerusi hantaran tersebut, Neelofa memuat naik beberapa foto bagi mempromosikan minuman berperisa pisang jenama miliknya yang bakal dilancarkan semula selepas beberapa tahun tidak berada di pasaran.
Bagaimanapun, tumpuan netizen bukan hanya terarah kepada produk berkenaan, sebaliknya ramai mendakwa terlihat bentuk ‘baby bump’ dalam gambar tersebut.
Susulan itu, ruangan komen dibanjiri pelbagai pertanyaan dan spekulasi mengenai kemungkinan isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu sedang berbadan dua.

Bagaimanapun sehingga kini, Neelofa belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang tular dalam kalangan netizen.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas