Kuala Lumpur: Cef selebriti, Anis Nabilah, 40, menyifatkan Allahyarham bapanya, Umaruddin Yahya sebagai seorang individu yang sangat pemurah dan lemah lembut.

Anis atau pemilik nama Anis Nabilah Umaruddin berkongsi perkara itu menerusi hantarannya di Instagram, semalam.

“Memberi adalah jati dirinya. Dia sangat suka memberi makan kepada orang lain, berkongsi apa sahaja yang dia miliki dan benar-benar percaya bahawa apabila kita memberi, Allah akan menjaga kita.

“Dan sepanjang hidup kami, Allah sememangnya menjaga kami. Sentiasa ada rezeki yang mencukupi,” tulisnya.

Selain itu, Anis turut berkongsi, Allahyarham bapanya memiliki jiwa besar yang sentiasa membuatkan sesiapa sahaja di sekelilingnya berasa selamat dan dihargai.

“Mendengar begitu banyak cerita indah tentangnya sejak beberapa hari lalu memberikan kami kekuatan, mengetahui betapa dia sangat disayangi,” tulisnya lagi.

Meskipun reda, Anis menemui ketenangan apabila mengenangkan Allahyarham bapanya pergi pada hari Jumaat dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Setiap kebaikan dalam diri saya datangnya daripada ibu bapa saya. Mereka membesarkan kami dengan penuh kasih sayang dan itu adalah sesuatu yang akan saya bawa sepanjang hayat.

“Abah, terima kasih kerana mencintai kami sedalam itu. Saya akan bawa cinta itu sepanjang hidup saya. Al-Fatihah,” tulisnya.

Terdahulu, menerusi hantaran yang dikongsi Anis pada Jumaat lalu, Allahyarham kembali ke rahmatullah pada jam 8.50 malam.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *