Hantaran usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed, sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila ramai menyedari perubahan ketara pada bentuk tubuh isterinya, Fatin Syazwani Ishak.
Menerusi perkongsian di TikTok, Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 34, dilihat merakam momen bersama isteri dan anak-anak ketika bercuti di Cameron Highlands, Pahang.
“Jalan-jalan Cameron Highlands tanpa perancangan, tiba-tiba saja sampai. Bawa anak-anak bagi mereka gembira.”
Bagaimanapun, di sebalik pujian yang diterima, pasangan tersebut sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa dakwaan melibatkan keluarga Fatin.

Terdahulu, ibu bapa Fatin mendakwa Prince Syed tidak membenarkan mereka menjenguk anaknya yang dikhabarkan sedang sakit.
Malah, ibu Fatin juga mendakwa anaknya diminta menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan menjual produk melangsingkan badan.