Kuala Lumpur: Pelakon Kamal Adli, 39, meluahkan rasa sedih apabila gagal untuk membuat dirinya gembira apabila mengharungi pelbagai dugaan sepanjang tahun ini.

Menerusi perkongsian hantaran dimuatnaik di Threads, Kamal mendakwa pada hari terakhir tahunn 2025, banyak perkara dipelajari dan hanya Tuhan sahaja mengetahui isi dalam hatinya.

“Salam rakyat!! Hari ni hari last untuk 2025…So, how was your 2025? Untuk saya 2025 ini banyak Allah duga dan banyak benda saya belajar. Dalam hati Dia saja tahu. Try buat happy tapi kantoi juga,” tulisnya berserta emoji ketawa.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen bersimpati dengan Kamal berikutan pada hantaran lain di Threads, dia memuat naik ucapan selamat malam buat anaknya, Hawra Uqaira, kini berusia 19 bulan.

“Semoga terus semangat Kamal, jangan sedih-sedih,” komen seorang warganet.

“Sabar, kita tak tahu apa perancangan yang baik daripada Allah,” kata pengguna media sosial.

“Kamal kena kuat, banyak rezeki kerja tu. Semoga berjaya,” ujar seorang wargamaya.

“Semangat Kamal. Allah bagi ujian tanda sayang,” tulis seorang netizen.

Terdahulu, kes perceraian antara Kamal dan isterinya, Uqasha Senrose, 33, masih berjalan di mahkamah apabila mereka akan menjalani prosiding hakam pada 12 Januari depan.

Ia berikutan sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) pasangan selebriti terbabit pada 18 Disember lalu, gagal.

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *