Berhubung dengan isu didakwa berlebihan di dalam program realiti, Talk To My Manager (TTMM), baru-baru ini, isteri kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim tampil mengakui kesilapan diri.

Akui khilad diri sendiri, berlapang dada terima komen netizen

Menurut Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, dia berlapang dada menerima teguran daripada netizen, sekaligus memohon maaf dengan keterlanjurannya.

Saya ini manusia biasa kadang-kadang tak perasan dan tak sengaja nak buat tapi Allah izinkan perkara itu sebab nak tegur saya.

Bila ibu jadi manager kepada anak..nak tak nak memang akan back up jug… | inanaim | TikTok

Dalam pada itu, Ina berkata dia sama sekali tidak mengambil hati dengan setiap komen daripada netizen, memandangkan ia berlaku kerana kekhilafan diri sendiri.

“Minta jangan kaitkan pihak tak sepatutnya..”

Namun begitu, wanita berkenaan berharap agar warganet tidak mengaitkan nama mana-mana pihak atau kejadian yang pernah berlaku dalam hidupnya sebelum ini.

Tapi saya minta jangan kaitkan dengan pihak yang tidak sepatutnya seperti Mawi dan Ekin. Saya ambil semua komen yang positif.

Source :

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *