Tular di media sosial semalam apabila video memaparkan pelawak dan pengacara, Shuk Sahar dilihat sedang mengambil bahan terlarang dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah bilik hotel.
Difahamkan video tersebut dikongsi oleh ‘kekasih gelap’ Shuk yang dikenali sebagai Fara di laman Instagram sebelum dipadam beberapa ketika kemudian.

Shuk walau bagaimanapun tampil memberi respon dan menafikan video tersebut adalah video terbaharu dan mendakwa tindakan wanita tersebut sebagai promosi buat dirinya yang kini sudah kehilangan mata pencarian
Syuk yang dilihat memberi reaksi terhadap video itu menerusi hantaran Instagram Storynya turut bersama-sama bersama isteri, Rossalennah Natasyyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera.

Dimaklumkan juga Shuk dan isteri telah mengambil tindakan undang-undang dengan melaporkan perkara terbabit kepada pihak polis dan bakal membawanya ke muka pengadilan bersama peguam belanya.
Terdahulu, kekasih lama Shuk, Fara ada membuat pendedahan di Instagram yang mengatakan pelawak itu pernah merogol wanita dan mengambil bahan terlarang iaitu dadah jenis ‘ice’ tidak lama dahulu.
Sumber Asal : https://beautifulnara.com/shuk-sahar-ambil-tindakan-undang-undang-berikutan-tular-video-di-atas-katil/